Blog yang menceritakan pengalaman aku,cita2x aku,hidup aku,keluarga ku,berita terkini..ohhh yey2x
Translate
Friday, 6 June 2014
Perlu la matang
Kematangan hidup aku masih lagi sikit.Yela.Aku ni selalu bangun lambat.Nak kene mak ayah aku yang kejutkan aku pergi sekolah.Kalau la mak ayah aku tiada nanti,siapalah yang nak kejutkan aku nanti.Takpa aku mesti belajar matang dengan keadaan sekeliling yang mencabar ni.Sekarang dunia dah makin mencabar.Rasuah,pergaulan bebas,dadah,arak dan banyak lagi la.Memang dah berleluasa sekarang ni.Sekarang aku mesti keluar dari pemikiran kanak-kanak.Dunia kanak-kanak sudah tidak perlu dalam hidupku.Tapi kenapa masih aku seperti kanak-kanak yang masih bermain-main?Perkara itu masih menjadi tanda tanya bagi aku.Aku pelik.Takpa aku mesti keluarkan pemikiran kanak-kanak tersebut dan meniupkan pemikiran matang.Sebenarnya keadaan sekeliling la mengajar erti matang itu.Dengan dunia yang pancaroba dan mencabar.Aku mesti gagah dan berani menghadapi dunia yang mencabar ini demi menyulusuri erti kematangan.Kerana sifat tersebut dapat mengajar aku erti dunia remaja.Di zaman remajalah yang berlakunya kerosakan akhlak.Kerana dari kecil mereka tidak diajar erti kematangan hidup.Tidak tahu baik dan buruk.Sekarang telah berlaku kes buli di Sekolah Kota Samarahan.Kes buli tersebut membabitkan sekumpulan pelajar perempuan menendang dan memukul seorang pelajar perempuan.Tergamak.Memang tergamak.Kematangan hidup tiada dalam hidup mereka.Kesilapan yang lalu juga mengajar kita erti kematangan.Seperti kita semasa kecil,Ibu kita pernah berkata "Anakku,jangan bermain pisau.Tajam.Nanti luika".Tetapi kita berdegil dan tidak mahu dengar.Lalu kita bermain dengan pisau dengan girangnya.Tiba-tiba Aduhh..Itulah perkataan yang kita sebut sambil menangis.Selepas itu,terus kita tidak mahu bermain dengan benda-benda tajam.Jadi itu perkara yang mengajar erti kematangan hidup.Kematangan mengajar kita erti kehidupan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment