Translate

Monday, 9 June 2014

Perbuatan aku semasa bosan

Erm,baru terfikir nak tulis apa??Ha,dapat idea.Aku nak cerita apa yang aku buat bila bosan.

1> Aku suka melayari internet.Aku cari la apa-apa.Aku buka Youtube,baca            artikel,baca semua blog orang-orang politik.Kalau badmood aku buka la
     laman sosial aku.Twitter dan Facebook

2> Aku suka tidur.Memang perangai aku dari kecik sampai besar panjang.
     Kalau dalam kereta,baru sampai 15 kilometer,dah terlena dibuai mimpi          yang indah.Tapi walaupun suka tidur,aku selalu tidur paling lambat.
     Hahaha.=]

3> Perangai yang acap kali aku buat adalah "BERANGAN".Dari kecil sampai  
       sekarang.Ada yang jadi kenyataan dan ada yang masih khalayan.
    Kadang-kadang aku ubah supaya jadi lagi best.

4> Aku jugak suka membaca.Buku takda tapi surat khabar,{Baru je beli buku        Molotov Koktel-Adam Adli}.Suara Keadilan dan Harakah.Memang tiap-tiap
     hari aku baca.Kalau hari tu tak beli.Frust giler dalam hati.

5> Aku suka tengok TV.Tengok cerita korea tak sangat.Sikit-sikit je.Tengok la      MLM.Pehh.Tergelak aku depan Tv.

6> Aku suka dengar radio {Dulu je tapi sekarang masih ada sikit-sikit}
       Aku dengar Era FM.[Muzik hit terbaik].Saja nak promote.Aku gaduh-gaduh 
     Rumah aku takda radio.Dengar radio melalui Tv.Hahaha.Adik aku semua
        nak tengok karton.Aduii..

Tapi sekarang perangai menulis baru masuk dalam diri aku lepas baca buku Adam Adli.Tapi baru sikit.

[p/s]
Aku sekarang tengah bersiap sedia untuk menuju ke medan perang bulan       9 nanti.UPSR.

Friday, 6 June 2014

Perlu la matang

Kematangan hidup aku masih lagi sikit.Yela.Aku ni selalu bangun lambat.Nak kene mak ayah aku yang kejutkan aku pergi sekolah.Kalau la mak ayah aku tiada nanti,siapalah yang nak kejutkan aku nanti.Takpa aku mesti belajar matang dengan keadaan sekeliling yang mencabar ni.Sekarang dunia dah makin mencabar.Rasuah,pergaulan bebas,dadah,arak dan banyak lagi la.Memang dah berleluasa sekarang ni.Sekarang aku mesti keluar dari pemikiran kanak-kanak.Dunia kanak-kanak sudah tidak perlu dalam hidupku.Tapi kenapa masih aku seperti kanak-kanak yang masih bermain-main?Perkara itu masih menjadi tanda tanya bagi aku.Aku pelik.Takpa aku mesti keluarkan pemikiran kanak-kanak tersebut dan meniupkan pemikiran matang.Sebenarnya keadaan sekeliling la mengajar erti matang itu.Dengan dunia yang pancaroba dan mencabar.Aku mesti gagah dan berani menghadapi dunia yang mencabar ini demi menyulusuri erti kematangan.Kerana sifat tersebut dapat mengajar aku erti dunia remaja.Di zaman remajalah yang berlakunya kerosakan akhlak.Kerana dari kecil mereka tidak diajar erti kematangan hidup.Tidak tahu baik dan buruk.Sekarang telah berlaku kes buli di Sekolah Kota Samarahan.Kes buli tersebut membabitkan sekumpulan pelajar perempuan menendang dan memukul seorang pelajar perempuan.Tergamak.Memang tergamak.Kematangan hidup tiada dalam hidup mereka.Kesilapan yang lalu juga mengajar kita erti kematangan.Seperti kita semasa kecil,Ibu kita pernah berkata "Anakku,jangan bermain pisau.Tajam.Nanti luika".Tetapi kita berdegil dan tidak mahu dengar.Lalu kita bermain dengan pisau dengan girangnya.Tiba-tiba Aduhh..Itulah perkataan yang kita sebut sambil menangis.Selepas itu,terus kita tidak mahu bermain dengan benda-benda tajam.Jadi itu perkara yang mengajar erti kematangan hidup.Kematangan mengajar kita erti kehidupan..

Thursday, 29 May 2014

Pelik2NYA Malaysia

Teluk Intan adalah tempat yang memang sangat menarik untuk dilawati.Di sana terdapat Menara Condong dan banyak lagi.Tapi sebenarnya bukan tempatnya yang hendak dicerita.Yang hendak diceritanya adalah sekarang telah berlaku kempen-kempen calon DAP {Dyana Sofya} dan calon BN {Datuk Mah Siew Keong}untuk PRK Teluk Intan.Memang hangat sekarang kempen-kempen diaorang.Macam-macam yang dapat dilihat,yang kasar-kasar pun ada ma!!!

Memang teruk kempen-kempen yang dilakukan oleh Umno-Bn.Harap Kak Dyana menang PRK Teluk Intan.Ayat-ayat teruk Umno-Bn

"DAP sepatutnya tidak melibatkan pihak yang tidak bertanding dalam kempen semata-mata untuk meraih undi sebaliknya fokus kepada calon lawan dan agenda politik mereka sendiri," kata Datuk Zainal Abidin Osman (Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang )

Amboi,dan satu lagi:

Zainal Abidin berkata semua kekecohan yang timbul itu sebenarnya berpunca daripada wakil rakyat DAP sendiri yang menggunakan perkataan "Umno celaka" ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN selasa lepas dan enggan memohon maaf.

Tapi kalau Umno-Bn kata macam itu boleh pula.Memang PELIKK


Hahahaha..ambil kat FB..memang PELIK..
Aku pelik sangat dengan video ini yang mengutuk-ngutuk ke PR..kenapa dalam video ini liriknya tulis PR bangang?? Ada tak diaorang mintak maaf..ada2??ohh ngangngong nye la

Eh macam lari tajuk je..huhuhuhuhu

Pandamu

Saturday, 24 May 2014

Panda datang Malaysia.Pandamu.



Panda dah mai Malaysia.Siap dah ade IC lagi..wow..pasni bole ngundi panda PRU14 nanti..ngundi BN ye..huhuhuhu


Kos nak sewa panda dari China ni ingat murah..beratus2 ke?? x...xakan...berjuta2.giler arhh..katenye:

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974. -Astroawani.

ye ke?? erm,itu aku gak ngerti tapi membazir..duit tu datang dari mana?? Rakyat jugak kan..aduhh..

Ni faktor-faktor kos terlibat dengan Panda:

1 - Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. 
( yang ni tak payah ceritalah.... duit 1MDB pula datang dari mana ? )


2 - Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun. ( seekor ! )


3 - Dan kalau beranak pulak -  Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Tempoh pinjaman Panda adalah 10 tahun. Bermakna jumlah minima kos adalah 25juta + 30juta ( 3 juta x 10 tahun ) = RM55juta

( mungkin ada kos sampingan lain yang tidak dinyatakan seperti insurans, kwsp dan socso  ! ) 


TAPI menurut artikel sama, Zoo Edinburgh boleh buat untung melalui peningkatan 51% pengunjung selepas ketibaan panda. 

Zoo berkenaan yang mengalami defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun. 


Selain faktor RM, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka

Aduh..memang Panda mu.. Erm,China taknak sewa apa-apa ke dari Malaysia sebagai SIMBOL KEAKRABAN??

Tengok rumah panda kat Zoo Negara..pehh..

Friday, 23 May 2014

citer artis Malaysia


Assalamualikum...tadi aku baru search Encik Mimpi..Wah,hensem orangnya..dalam blog ini pun ada gambar Encik Mimpi tanpa topeng..sekarang tengah tengok lagu terbaru dia dengan Nomad,Aepul Roza,Ronie Hyper Act...Aku tidak dengar habis tapi best sangat..

Ha!! sekarang gambar Nomad pulak..wahhh ini lagi hensem..huhuhu..kalau dia terbaca pun blog aku ini memang dia tengah senyum-senyum..Eh,perasan sangat2 aku ni!!..Takde sorang pun yang baca blog aku ni..huhuhu 

Saturday, 17 May 2014

Em,bosan

Aduihhh perikse tulat PKSR 2

tgh2 bosan niey...tgk kjp la gmbr Encik mimpi..ensem jgk..hahaha..

Encik Mimpi {wajah sebenar}:



Calon DAP PRK Teluk Intan {Dyana Sofya}:


Comey kak Sofya..harap2x dye menang PRK Teluk Intan...........AMINNNNN..

Thursday, 15 May 2014

GST akan musnah ditangan rakyat


Bantah-bantah2x GST..Ucapan Adam Adli di Himpunan Bantah Gst..
Bangkit BANTAH GSTTTT